ANAK HALAL
Filem Melayu Mesti Tonton !Atas pelawaan Ajami, aku pegi tgk wayang Anal Halal di GSC Pavillion Ahad lepas.. mmng tak mengharap sgt pd awalnya sbb faham2 la filem Melayu kan.. kbnyknnya dibuat untuk tujuan komersil.. buat filem utk penonton2 yg dtg nak tgk.. dan aku mengakui, aku tak termasuk dlm kelompok sasaran pembikin filem komersil ni.. kalau aku nak gi tgk filem Melayu, pertama skali aku akan tgk siapa pengarahnya.. bukan bersikap prejudis terhadap pembikin2 filem lama, tapi kalau filem yg dibikin sekadar utk cari untung, tak ambil kira realiti kehidupan, tak menuntut khalayak berfikir, hanya menghidangkan lawak slapstik yg tak membina minda, tak menjana mesej yg boleh dinilai baik buruknya, bagi aku filem tu tak berbaloi utk ditonton..
Pengarah - Osman Ali bersama 2 watak utama -
Farid Kamil & Maya KarinSo aku tabik pada pembikin2 filem baru yg penuh dgn idea segar dan ambil kira semua faktor2 di atas, bukan teknik & bujet besar yg diutamakan.. antara mereka sudah semestinya Yasmin Ahmad, Ho Yu Hang, Bernard Chauly, Osman Ali dan ramai lagi yg kini dah mula masuk aliran mainstream.. begitu juga Afdlin Shauki & Shuhaimi Baba, pembikin filem mainstream yg mana idea mereka lari dr konsep stereotype filem melayu.. aku berterima kasih pada mereka2 ni yg menarik semula orang2 mcm aku yg skeptikal dgn filem2 melayu utk kembali tonton wayang..
Penggambaran adegan cubaan rogol Fauzi Nawawi ke atas Raja FarahBerbalik pada filem Anak Halal, pertama2 skali syabas kepada penerbit Gayatri Su-Lin Pillai (Tayangan Unggul Sdn Bhd), pengarahnya Osman Ali & semua krew yg terlibat kerana berjaya menghasilkan filem yg berjaya menggabungkan nilai2 komersil dan artistik dgn sgt baik sekali.. plot ceritanya mudah - tentang kehidupan segolongan anak muda yg disalah erti sebagai anak2 liar, akhirnya terjebak dalam kancah dadah akibat kesempitan hidup, akhirnya memakan diri sendiri akibat kesilapan yg tidak pernah dirancang..
Penggambaran adegan cemas Fasha Sandha jatuh dr bangunan tinggi Tetapi yang menariknya cerita ni adalah aspek kehidupan dan realiti yg diterapkan dlm filem ni.. filem ini terasa begitu dekat dgn penonton.. w'pun mungkin rata2 khalayak drp kelas sosial yg berbeza drp kumpulan anak2 muda yg dipaparkan dlm filem ni, tapi tidak janggal dan terasa seperti kawan2 shj.. bak kata Jo (Maya Karin), zaman antara dua darjat ni dah lapuk la.. siapa saja boleh kwn dgn siapa saja tanpa mengira darjat.. Kupasan ttng realiti permasalahan sosial dlm filem ni jg tampak 'real' dan logik..
Salah satu adegan Farid Kamil bersama Dato' Aziz Sattar Lakonan dlm filem ni juga sgt cemerlang.. semua pelakon2 filem ni sama ada watak utama mahupun tambahan, semuanya membantu menghidupkan jalan cerita.. tiada satu watakpun yang dibazirkan.. Farid Kamil, Maya Karin & Fasha Sandha selaku teraju utama menghidangkan lakonan cemerlang.. lakonan Maya menampakkan perbezaan berbanding lakonannya yg sblm ini.. Farid Kamil bersahaja sekali.. Fasha dgn aksi manjanya sgt menjadi.. Adi Putra, Raja Farah & Bront Palare dlm watak pembantu jg memainkan peranan masing2 dgn penuh kesan.. pelakon2 tambahan spt Rosyam Nor, Zulhuzaimy, Jehan Miskin, Remy Ishak, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz, Kartina Aziz, Dato' Aziz Sattar, Ahmad Tarmimi Siregar & Mislina Mustafa jg wajar diberi pujian.. jika ada anugerah 'ensemble', pelakon2 Anak Halal seharusnya memberi saingan paling sengit..
Sekumpulan rakan2 yg disalah tafsir - Maya, Raja Farah, Bront, Remy, Adi Putra & Farid Kamil Keseluruhannya, Anak Halal sebuah produksi yg cemerlang dr segenap aspek - olahan cerita, arahan seni & lakonan.. aspek teknikal juga baik.. sinematografi menarik, suntingan juga tidak mengelirukan w'pun terdpt serba sedikit tanda tanya yg akhirnya terjwb di akhir cerita.. tahniah kpd pihak produksi, satu garapan yang cemerlang dan harus ditonton oleh peminat filem Malaysia..!!
Kumpulan antagonis : Fizz Fairuz, Jehan Miskin & Fauzi Nawawi
Sinopsis
Hisham (Rosyam Noor), seorang penjenayah dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam (Mislina Mustafa), seorang perempuan gila. Penjenayah tersebut telah ditangkap dan dipenjarakan. Mariam yang gila dan hidup di jalanan membesarkan bayi tersebut Indraputra/Putra (Farid Kamil) dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna/Jo (Maya Karin) seorang gadis lasak yang dalam diam menyukai Putra. Namun, kebahagiaan Putra bersama ibunya berakhir apabila mereka dipisahkan oleh pihak berkuasa.
Adegan pergaduhan yg mencemaskan..
Putra kemudiannya dibesarkan oleh Bu Leha (Kartina Aziz) yang membawa Putra dan Jo berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik. Putra dan Jo membesar sebagai remaja jalanan. Putra bekerja di bengkel kereta. Manakala, Jo dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit demi sesuap nasi.
Adegan Remy Ishak ditembak dalam pergaduhan
Manakala, Erzan (Adi Putra) dan Amira Atikah (Fasha Sandha) pula adalah antara sahabat rapat Putra dan Jo. Mereka telah terjebak dengan penggunaan najis dadah akibat tekanan dan desakan hidup. Amira Atikah yang ketagihan dadah telah melarikan diri dari rumah. Selain mengedar dan menagih dadah, Erzan yang terpaksa menanggung beban hutang tinggalan ayahnya telah menjadi buruan kuncu-kuncu Hisham. Putra begitu sedih dan marah. Putra naik berang pada Hisham dan kuncu-kuncu yang telah menjadi punca kepincangan hidup orang-orang yang disayanginya.
Cinta 3 segi?? Tiga sekawan - Maya Karin, Farid Kamil & Fasha Sandha
Berjayakah Putra membalas dendam terhadap Hisham dan kuncu-kuncunya ? Bertemukah Putra dengan Mariam, wanita yang telah membesarkannya ? Saksikan ‘Anak Halal’ sebuah filem realiti kepincangan masyarakat yang telah mula tayangannya di pawagam seluruh tanah air bermula 13 Disember 2007. Filem yang mesti ditontoni semua..!!!!