Tuesday, September 21, 2004

Pontianak Mengganas Di Sepanyol !!

Shuhaimi Baba sekali lagi membuatkan kita bangga menjadi rakyat Malaysia.. selepas menang Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (kalau tak salah) utk filem ‘Layar Lara’, beliau membuktikan kehebatannya sekali lagi.. kali ini, dgn kejayaan yg lebih manis dgn filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ (PHSM) di Festival Filem Fantasi dan Seram di Estepona, Sepanyol.. Festival ni sebenarnya khusus untuk filem-filem yg mana kos pembikinannya tidak melebihi US$14 j (RM53.2 j).. Dan dgn hanya RM2.3 j bajet utk PHSM, saya bangga kerana filem ni mampu bersaing dgn 50 filem lain dr pelbagai negara dan menang 3 kategori major..


Selain anugerah Pengarah Terbaik utk Shuhaimi sendiri, PHSM juga memenangi kategori Sinematografi Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik.. sememangnya tak perlu dipertikaikan kerana 2 aspek yg paling saya kagum tentang filem ini ialah keindahan visualnya serta skor muzik dan komposisi asal lagu Pulangkan nyanyian Misha Omar dan Ezzad Izzuddin yg memang mantap.. Walaupun tak menang Filem Terbaik, ia masih pencapaian yg sgt membanggakan bagi sebuah negara kecil spt Malaysia yg bajet perfilemannya sgt terhad berbanding 7 negara lain (spt USA, Argentina, Sepanyol, Perancis dll) yg turut disenaraikan sebagai finalis dlm kategori tersebut..

Tentang filem ni sendiri, saya berpeluang utk tonton di pawagam.. risau juga sebab dah lama juga tak tgk wayang cerita Melayu.. bkn tak menyokong industri perfileman tempatan.. jauh di sudut hati saya kalau boleh teringin jugak nak tgk semua filem karya org kita sendiri.. tapi saya tahu kalau saya pergi pun tgk wayang cerita2 Melayu, saya akan lebih kecewa bila keluar dr panggung.. bukan kecewa.. tapi lebih tepat, sedih.. sebab apa? Sebab kekadang terfikir juga, kenapa jiran2 kita mcm Indonesia dan Thailand mampu buat filem2 berkualiti spt Pasir Berbisik dan Nang Nak tapi tidak kita??.. padahal, kita duduk dan berdiri dalam rumpun yg sama.. dan kalau nak diikutkan kemampuan (dr segi kepakaran, sumber ekonomi dll), lebih kurang sama saja rasanya.. mungkin lebih lagi kalau banding dgn Indonesia.. tapi entah di mana silapnya.. kalau ikutkan pandangan saya, secara jujur, saya salahkan penonton Malaysia sendiri.. mentaliti rakyat Malaysia masih tak dpt terima filem2 dgn tema yg berat mcm Embun, Paloh, Buai Laju-laju, Kaki Bakar, Sayang Salmah, Layar Lara, Jogho dan lain2.. padahal filem2 inilah yg mengharumkan nama Malaysia di festival2 antarabangsa.. kalau org luar boleh iktiraf karya kita, kenapa tidak rakyat kita sendiri??

Jelas terang lagi bersuluh, minda rakyat kita masih mahukan filem2 dgn tema cinta yg penuh dgn elemen komersial.. kalau tidakpun, filem2 lawak yg penuh dgn unsur2 slapstik yg langsung tak menjana minda.. tapi kalau dah orang kita sendiri yg mahukan filem2 mcm tu, pengarah kita tiada pilihan lain selain menurut saja telunjuk penonton.. penggiat filem pun bekerja, berniaga cari rezeki.. siapa berani buat filem berat yg telan belanja juta2 ringgit, tapi tiada siapa pun nak tgk.. akhirnya, penggiat filem tu juga yg rugi.. sebenarnya, mereka tak patut dipersalahkan dlm hal ni.. Yusof Haslam tak bersalah kerana menghasilkan filem2 komersial walaupun kualitinya rendah.. dah itu yg penonton nak tgk.. walaubagaimanapun, saya tabik dan bangga dgn pengarah2 yg berani ambil risiko macam Shuhaimi Baba, U-Wei Hj Shaari, Erma Fatima, Adman Salleh dan generasi baru spt Yasmin Ahmad.. mereka menghasilkan filem kerana cinta mereka pada seni dan budaya bangsa.. mereka menghasilkan karya-karya jujur yg lahir dari hati.. lahirnya filem2 mereka adalah atas dasar cinta mereka.. bukan bikin filem sekadar utk mencari untung semata2, tapi filem mereka lebih utk mengajak dan mengajar penonton berfikir.. saya tertanya2 sendiri, bila agaknya org kita mahu berfikir??

Berbalik kpd filem PHSM, saya sebetulnya bangga menonton filem ini.. walaupun garapan ceritanya agak lemah (mungkin sebab terikat dgn garis panduan LPFM), tapi sekurang2nya ia merupakan permulaan yg baik bg genre filem seram.. saya kagum dgn keberanian Shuhaimi membikim filem ni.. kombinasi nilai-nilai estetika budaya Melayu yg artistik dgn nilai-nilai komersial bagi memenuhi selera penonton, nampaknya menjadi.. Pun begitu, pandangan peribadi, saya rasa masih banyak kekurangan yg perlu diberi perhatian.. terutama dr segi perjalanan cerita yg kadang2 tak lancar.. penonton kerap tertanya2 kerana tak faham apa sebenarnya yg berlaku.. sesetengah watak pula tak dikembangkan dgn baik.. cthnya watak Maria.. sesetengah watak lain pula mcm sekadar ditonjolkan tanpa maksud.. cthnya watak yg dibawa oleh Sharifah Aleya.. dr segi lakonan, Maya Karin memberi percubaan yg sgt baik.. sebagai pendatang baru usahanya wajar dipuji.. tp pd babak Maria menjelma menjadi Mariam, pertukaran transisi watak tak jelas.. Maya patut buat kajian yg lebih pd aspek watak antara Maria dan Mariam.. Azri, bagi saya memang cemerlang.. dia bg saya antara hero Melayu yg ada jiwa Melayu.. Rosyam Nor & Ida Nerina, humor mereka mmng menjadi.. Eizlan, Nanu dan Kavitha, sekadar biasa saja.. mungkin sebab watak mereka memang tak dikembangkan sepanjang cerita.. Sharonizam sebagai Danial memberi lakonan bersahaja tetapi kental jiwa dan emosinya..

Keseluruhannya, walau apapun komen saya tentang filem ini, PHSM dan kejayaannya di Sepanyol telah membuntangkan mata saya (dan harap2nya keseluruhan rakyat Malaysia juga) tentang keupayaan penggiat filem tempatan.. karyawan seni kita sebenarnya lebih daripada mampu, tapi mungkin masih takut berdepan dgn realiti penonton kita.. realiti yang penonton hanya masuk panggung semata2 utk berhibur.. mmng tak dinafikan, fungsi filem memang motifnya hiburan.. tapi alangkah bagusnya kalau hiburan yg dihidangkan itu ada buah dan bunganya.. apapun, semuanya terletak pada kemahuan kita sendiri rakyat Malaysia.. kalau penonton sendiri tak nak berubah, macam tu jugalah statiknya filem kita dan karyawan di belakangnya.. saya merayu, sokonglah industri perfileman Malaysia.. tontonlah filem epik cinta nan agung, Puteri Gunung Ledang!!
p/s: Bg mereka yg sering mengunjungi laman ini, pasti keliru dgn tulisan saya kali ni.. bkn apa, sekali-sekala seronok juga beri luahan rasa dlm bahasa ibunda.. apatah lagi apabila berbicara soal seni dan budaya.. dahla panjang pulak tu!! hehe.. oklah, nak pergi tgk PGL ni !! Jumpa lagi !!