Showing posts with label maya karin. Show all posts
Showing posts with label maya karin. Show all posts

Tuesday, December 18, 2007

ANAK HALAL
Filem Melayu Mesti Tonton !

Atas pelawaan Ajami, aku pegi tgk wayang Anal Halal di GSC Pavillion Ahad lepas.. mmng tak mengharap sgt pd awalnya sbb faham2 la filem Melayu kan.. kbnyknnya dibuat untuk tujuan komersil.. buat filem utk penonton2 yg dtg nak tgk.. dan aku mengakui, aku tak termasuk dlm kelompok sasaran pembikin filem komersil ni.. kalau aku nak gi tgk filem Melayu, pertama skali aku akan tgk siapa pengarahnya.. bukan bersikap prejudis terhadap pembikin2 filem lama, tapi kalau filem yg dibikin sekadar utk cari untung, tak ambil kira realiti kehidupan, tak menuntut khalayak berfikir, hanya menghidangkan lawak slapstik yg tak membina minda, tak menjana mesej yg boleh dinilai baik buruknya, bagi aku filem tu tak berbaloi utk ditonton..

Pengarah - Osman Ali bersama 2 watak utama -
Farid Kamil & Maya Karin


So aku tabik pada pembikin2 filem baru yg penuh dgn idea segar dan ambil kira semua faktor2 di atas, bukan teknik & bujet besar yg diutamakan.. antara mereka sudah semestinya Yasmin Ahmad, Ho Yu Hang, Bernard Chauly, Osman Ali dan ramai lagi yg kini dah mula masuk aliran mainstream.. begitu juga Afdlin Shauki & Shuhaimi Baba, pembikin filem mainstream yg mana idea mereka lari dr konsep stereotype filem melayu.. aku berterima kasih pada mereka2 ni yg menarik semula orang2 mcm aku yg skeptikal dgn filem2 melayu utk kembali tonton wayang..

Penggambaran adegan cubaan rogol Fauzi Nawawi ke atas Raja Farah

Berbalik pada filem Anak Halal, pertama2 skali syabas kepada penerbit Gayatri Su-Lin Pillai (Tayangan Unggul Sdn Bhd), pengarahnya Osman Ali & semua krew yg terlibat kerana berjaya menghasilkan filem yg berjaya menggabungkan nilai2 komersil dan artistik dgn sgt baik sekali.. plot ceritanya mudah - tentang kehidupan segolongan anak muda yg disalah erti sebagai anak2 liar, akhirnya terjebak dalam kancah dadah akibat kesempitan hidup, akhirnya memakan diri sendiri akibat kesilapan yg tidak pernah dirancang..

Penggambaran adegan cemas Fasha Sandha jatuh dr bangunan tinggi

Tetapi yang menariknya cerita ni adalah aspek kehidupan dan realiti yg diterapkan dlm filem ni.. filem ini terasa begitu dekat dgn penonton.. w'pun mungkin rata2 khalayak drp kelas sosial yg berbeza drp kumpulan anak2 muda yg dipaparkan dlm filem ni, tapi tidak janggal dan terasa seperti kawan2 shj.. bak kata Jo (Maya Karin), zaman antara dua darjat ni dah lapuk la.. siapa saja boleh kwn dgn siapa saja tanpa mengira darjat.. Kupasan ttng realiti permasalahan sosial dlm filem ni jg tampak 'real' dan logik..

Salah satu adegan Farid Kamil bersama Dato' Aziz Sattar

Lakonan dlm filem ni juga sgt cemerlang.. semua pelakon2 filem ni sama ada watak utama mahupun tambahan, semuanya membantu menghidupkan jalan cerita.. tiada satu watakpun yang dibazirkan.. Farid Kamil, Maya Karin & Fasha Sandha selaku teraju utama menghidangkan lakonan cemerlang.. lakonan Maya menampakkan perbezaan berbanding lakonannya yg sblm ini.. Farid Kamil bersahaja sekali.. Fasha dgn aksi manjanya sgt menjadi.. Adi Putra, Raja Farah & Bront Palare dlm watak pembantu jg memainkan peranan masing2 dgn penuh kesan.. pelakon2 tambahan spt Rosyam Nor, Zulhuzaimy, Jehan Miskin, Remy Ishak, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz, Kartina Aziz, Dato' Aziz Sattar, Ahmad Tarmimi Siregar & Mislina Mustafa jg wajar diberi pujian.. jika ada anugerah 'ensemble', pelakon2 Anak Halal seharusnya memberi saingan paling sengit..

Sekumpulan rakan2 yg disalah tafsir -
Maya, Raja Farah, Bront, Remy, Adi Putra & Farid Kamil

Keseluruhannya, Anak Halal sebuah produksi yg cemerlang dr segenap aspek - olahan cerita, arahan seni & lakonan.. aspek teknikal juga baik.. sinematografi menarik, suntingan juga tidak mengelirukan w'pun terdpt serba sedikit tanda tanya yg akhirnya terjwb di akhir cerita.. tahniah kpd pihak produksi, satu garapan yang cemerlang dan harus ditonton oleh peminat filem Malaysia..!!

Kumpulan antagonis : Fizz Fairuz, Jehan Miskin & Fauzi Nawawi

Sinopsis

Hisham (Rosyam Noor), seorang penjenayah dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam (Mislina Mustafa), seorang perempuan gila. Penjenayah tersebut telah ditangkap dan dipenjarakan. Mariam yang gila dan hidup di jalanan membesarkan bayi tersebut Indraputra/Putra (Farid Kamil) dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna/Jo (Maya Karin) seorang gadis lasak yang dalam diam menyukai Putra. Namun, kebahagiaan Putra bersama ibunya berakhir apabila mereka dipisahkan oleh pihak berkuasa.

Adegan pergaduhan yg mencemaskan..

Putra kemudiannya dibesarkan oleh Bu Leha (Kartina Aziz) yang membawa Putra dan Jo berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik. Putra dan Jo membesar sebagai remaja jalanan. Putra bekerja di bengkel kereta. Manakala, Jo dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit demi sesuap nasi.

Adegan Remy Ishak ditembak dalam pergaduhan

Manakala, Erzan (Adi Putra) dan Amira Atikah (Fasha Sandha) pula adalah antara sahabat rapat Putra dan Jo. Mereka telah terjebak dengan penggunaan najis dadah akibat tekanan dan desakan hidup. Amira Atikah yang ketagihan dadah telah melarikan diri dari rumah. Selain mengedar dan menagih dadah, Erzan yang terpaksa menanggung beban hutang tinggalan ayahnya telah menjadi buruan kuncu-kuncu Hisham. Putra begitu sedih dan marah. Putra naik berang pada Hisham dan kuncu-kuncu yang telah menjadi punca kepincangan hidup orang-orang yang disayanginya.

Cinta 3 segi?? Tiga sekawan - Maya Karin, Farid Kamil & Fasha Sandha

Berjayakah Putra membalas dendam terhadap Hisham dan kuncu-kuncunya ? Bertemukah Putra dengan Mariam, wanita yang telah membesarkannya ? Saksikan ‘Anak Halal’ sebuah filem realiti kepincangan masyarakat yang telah mula tayangannya di pawagam seluruh tanah air bermula 13 Disember 2007. Filem yang mesti ditontoni semua..!!!!

Tuesday, September 21, 2004

Pontianak Mengganas Di Sepanyol !!

Shuhaimi Baba sekali lagi membuatkan kita bangga menjadi rakyat Malaysia.. selepas menang Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (kalau tak salah) utk filem ‘Layar Lara’, beliau membuktikan kehebatannya sekali lagi.. kali ini, dgn kejayaan yg lebih manis dgn filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ (PHSM) di Festival Filem Fantasi dan Seram di Estepona, Sepanyol.. Festival ni sebenarnya khusus untuk filem-filem yg mana kos pembikinannya tidak melebihi US$14 j (RM53.2 j).. Dan dgn hanya RM2.3 j bajet utk PHSM, saya bangga kerana filem ni mampu bersaing dgn 50 filem lain dr pelbagai negara dan menang 3 kategori major..


Selain anugerah Pengarah Terbaik utk Shuhaimi sendiri, PHSM juga memenangi kategori Sinematografi Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik.. sememangnya tak perlu dipertikaikan kerana 2 aspek yg paling saya kagum tentang filem ini ialah keindahan visualnya serta skor muzik dan komposisi asal lagu Pulangkan nyanyian Misha Omar dan Ezzad Izzuddin yg memang mantap.. Walaupun tak menang Filem Terbaik, ia masih pencapaian yg sgt membanggakan bagi sebuah negara kecil spt Malaysia yg bajet perfilemannya sgt terhad berbanding 7 negara lain (spt USA, Argentina, Sepanyol, Perancis dll) yg turut disenaraikan sebagai finalis dlm kategori tersebut..

Tentang filem ni sendiri, saya berpeluang utk tonton di pawagam.. risau juga sebab dah lama juga tak tgk wayang cerita Melayu.. bkn tak menyokong industri perfileman tempatan.. jauh di sudut hati saya kalau boleh teringin jugak nak tgk semua filem karya org kita sendiri.. tapi saya tahu kalau saya pergi pun tgk wayang cerita2 Melayu, saya akan lebih kecewa bila keluar dr panggung.. bukan kecewa.. tapi lebih tepat, sedih.. sebab apa? Sebab kekadang terfikir juga, kenapa jiran2 kita mcm Indonesia dan Thailand mampu buat filem2 berkualiti spt Pasir Berbisik dan Nang Nak tapi tidak kita??.. padahal, kita duduk dan berdiri dalam rumpun yg sama.. dan kalau nak diikutkan kemampuan (dr segi kepakaran, sumber ekonomi dll), lebih kurang sama saja rasanya.. mungkin lebih lagi kalau banding dgn Indonesia.. tapi entah di mana silapnya.. kalau ikutkan pandangan saya, secara jujur, saya salahkan penonton Malaysia sendiri.. mentaliti rakyat Malaysia masih tak dpt terima filem2 dgn tema yg berat mcm Embun, Paloh, Buai Laju-laju, Kaki Bakar, Sayang Salmah, Layar Lara, Jogho dan lain2.. padahal filem2 inilah yg mengharumkan nama Malaysia di festival2 antarabangsa.. kalau org luar boleh iktiraf karya kita, kenapa tidak rakyat kita sendiri??

Jelas terang lagi bersuluh, minda rakyat kita masih mahukan filem2 dgn tema cinta yg penuh dgn elemen komersial.. kalau tidakpun, filem2 lawak yg penuh dgn unsur2 slapstik yg langsung tak menjana minda.. tapi kalau dah orang kita sendiri yg mahukan filem2 mcm tu, pengarah kita tiada pilihan lain selain menurut saja telunjuk penonton.. penggiat filem pun bekerja, berniaga cari rezeki.. siapa berani buat filem berat yg telan belanja juta2 ringgit, tapi tiada siapa pun nak tgk.. akhirnya, penggiat filem tu juga yg rugi.. sebenarnya, mereka tak patut dipersalahkan dlm hal ni.. Yusof Haslam tak bersalah kerana menghasilkan filem2 komersial walaupun kualitinya rendah.. dah itu yg penonton nak tgk.. walaubagaimanapun, saya tabik dan bangga dgn pengarah2 yg berani ambil risiko macam Shuhaimi Baba, U-Wei Hj Shaari, Erma Fatima, Adman Salleh dan generasi baru spt Yasmin Ahmad.. mereka menghasilkan filem kerana cinta mereka pada seni dan budaya bangsa.. mereka menghasilkan karya-karya jujur yg lahir dari hati.. lahirnya filem2 mereka adalah atas dasar cinta mereka.. bukan bikin filem sekadar utk mencari untung semata2, tapi filem mereka lebih utk mengajak dan mengajar penonton berfikir.. saya tertanya2 sendiri, bila agaknya org kita mahu berfikir??

Berbalik kpd filem PHSM, saya sebetulnya bangga menonton filem ini.. walaupun garapan ceritanya agak lemah (mungkin sebab terikat dgn garis panduan LPFM), tapi sekurang2nya ia merupakan permulaan yg baik bg genre filem seram.. saya kagum dgn keberanian Shuhaimi membikim filem ni.. kombinasi nilai-nilai estetika budaya Melayu yg artistik dgn nilai-nilai komersial bagi memenuhi selera penonton, nampaknya menjadi.. Pun begitu, pandangan peribadi, saya rasa masih banyak kekurangan yg perlu diberi perhatian.. terutama dr segi perjalanan cerita yg kadang2 tak lancar.. penonton kerap tertanya2 kerana tak faham apa sebenarnya yg berlaku.. sesetengah watak pula tak dikembangkan dgn baik.. cthnya watak Maria.. sesetengah watak lain pula mcm sekadar ditonjolkan tanpa maksud.. cthnya watak yg dibawa oleh Sharifah Aleya.. dr segi lakonan, Maya Karin memberi percubaan yg sgt baik.. sebagai pendatang baru usahanya wajar dipuji.. tp pd babak Maria menjelma menjadi Mariam, pertukaran transisi watak tak jelas.. Maya patut buat kajian yg lebih pd aspek watak antara Maria dan Mariam.. Azri, bagi saya memang cemerlang.. dia bg saya antara hero Melayu yg ada jiwa Melayu.. Rosyam Nor & Ida Nerina, humor mereka mmng menjadi.. Eizlan, Nanu dan Kavitha, sekadar biasa saja.. mungkin sebab watak mereka memang tak dikembangkan sepanjang cerita.. Sharonizam sebagai Danial memberi lakonan bersahaja tetapi kental jiwa dan emosinya..

Keseluruhannya, walau apapun komen saya tentang filem ini, PHSM dan kejayaannya di Sepanyol telah membuntangkan mata saya (dan harap2nya keseluruhan rakyat Malaysia juga) tentang keupayaan penggiat filem tempatan.. karyawan seni kita sebenarnya lebih daripada mampu, tapi mungkin masih takut berdepan dgn realiti penonton kita.. realiti yang penonton hanya masuk panggung semata2 utk berhibur.. mmng tak dinafikan, fungsi filem memang motifnya hiburan.. tapi alangkah bagusnya kalau hiburan yg dihidangkan itu ada buah dan bunganya.. apapun, semuanya terletak pada kemahuan kita sendiri rakyat Malaysia.. kalau penonton sendiri tak nak berubah, macam tu jugalah statiknya filem kita dan karyawan di belakangnya.. saya merayu, sokonglah industri perfileman Malaysia.. tontonlah filem epik cinta nan agung, Puteri Gunung Ledang!!
p/s: Bg mereka yg sering mengunjungi laman ini, pasti keliru dgn tulisan saya kali ni.. bkn apa, sekali-sekala seronok juga beri luahan rasa dlm bahasa ibunda.. apatah lagi apabila berbicara soal seni dan budaya.. dahla panjang pulak tu!! hehe.. oklah, nak pergi tgk PGL ni !! Jumpa lagi !!

Friday, May 21, 2004

Entertainment Entries:
................................

Lorong Neraka


One of the scenes in Lorong Neraka...

Last night, me & my friends (teera, aloy, ewea, teefa & dziehan) went to see one of most anticipated play of the year, LORONG NERAKA, at MTC, KL.. with a tempting title, it sure does pull some crowd.. helmed by three of the most credible theatre activists, erma fatima, ellie suriatie and adlin arman, i can simply say that it's the best play of the year.. i was mesmerized by the entire cast.. the ensemble was just perfect.. from the 'Drug Otai' - yasir (who has been to the so-called 'Festival Dadah New Zealand 1987' - is there even such a thing?!), to the wife who was forced to be a prostitute by her own husband played beautifully by betty benafe, to the 4 transvestites (kajol, milda de vega, sarah) who really got the crowd going wild, all of them cast a perfect spell.. with Lorong Hj Taib as the background, this play revovles around the dark side of KL.. how drugs ruled the street.. how a kid had to struggle the life as a son of a bitch.. etcetera.. eventhough it's hard to believe (more likely we don't want to believe), but we can't deny that what was portrayed in the play is the real thing that happened in the dark streets.. sometimes, i felt really mad to them for destroying our kids.. but at other times, i felt sorry for them.. it's not totally their fault ending up that way.. who wants to live life that way..? hmmm.. i don't really know.. have a little think....

p/s: for theatre lovers, Lorong Neraka is not to be missed..!

LORONG NERAKA

'Lorong Neraka disifatkan sebagai sebuah teater yang mengangkat kisah pahit dan sengsara di sekitar Lorong Hj Taib. Berkongsi luahan rasa bersama pengarah muda Ellie Suriaty dan aktivis teater Adlin Arman Rahman, Erma yakin Lorong Neraka bakal memberikan kesan yang mendalam ke atas diri remaja. Membariskan pelakon handalan seperti Ellie Suriaty, Rosnah Mat Aris, Betty Benafe, Nabila Huda dan pengambilan istimewa dua pelakon kanak-kanak iaitu Eric dan Sarah, Lorong Neraka mampu tampil sebagai sebuah karya yang penuh kritikan sosial.'

"dari isi hati pandangan mata dan rakaman lensa seorang sultanmuzaffar"